26 January 2009

Menunggu Peluang Entry

Market GBPUSD hari ini masih down.
Jadi,saya akan tggu dan lihat peluang entry yang terbaik.

Sekadar tips pada semua trader dan diri saya sendiri. Kebiasaanya trader akan menganalisis market sebelum entry market.Mereka menggunakan sistem dan pelbagai indicator untuk meramal arah pasaran untuk hari itu,dan setelah confirm trend,mereka pun entry.Tapi,akhirnya trade masih mengalami loss.Kenapa?

Punca seseorang trader mengalami Loss dlm forex:
1. Lambat untuk Entry
2. Terlalu cepat untuk exit

Kebiasaannya,bila position saya dlm keadaan rugi,saya hanya akan keluar dan close position hanya apabila chart saya menunjukkan perubahan trend bertentangan dgn entry saya.

Trade GBP/USD


Trade hari ini..

20 January 2009

Medium dan Long Term Analysis


Penggunaan pada time frame yang besar memang menghasilkan profit yang besar tapi kena pada margin yang besar.


Hari ini saya sibuk dan tak sempat nak trading(dah ketinggalan peluang entry yang baik),tapi boleh kongsikan time frame 4h saya.Saya sebenarnya tak pernah menggunakan time frame ni untuk entry trading,tapi hanya sebagai mengesahkan trend market baru entry di time frame 30m.


Sesiapa yang entry pada masa yang tepat tentu dah kenyang pips da sekarang ni.

19 January 2009

Profit Hari Ini


Hari ni,saya close position awal dan mengambil +107pips walaupun keadaan market kebiasaannya pada hari isnin agak lembab.

15 January 2009

No trade

TF4H-Down trend,jadi hanya fokus untuk Short(jual)
TF30M-Ranging(market tak berapa aktif)

Keputusan - No trade.

14 January 2009

Focus + Patience in your trade



Setakat ni,hari ni market dalam keadaan ranging(tf30m).

Saya belum mendapat keadaan entry yg sesuai jadi kena tunggu.

TF4H menunjukkan keadaan downtrend,jadi saya akan tggu peluang untuk entry pada TF30M.

Penggunaan multi time frame ini sangat mudah dan tidak melawan trend.Tambahan pula,anda dapat mengelak daripada false signal.


Penggunaan indicator yang tepat dan bersesuaian adalah sangat penting.Gunakan indicator yang mampu memberikan anda high probability bagi membantu trade anda.

13 January 2009

Analisis Hari Ini


Assalamualaikum..

Hari ini saya mencuba teknik baru pada sistem formula pips. Teknik ni bagus tapi agak berisiko..
Pun begitu,bagi anda yang menginginkan pips yang banyak dan cepat,anda boleh cuba teknik ini.
Sebenarnya,saya telah mengaplikasi teknik ini dari orang lain(bukan saya yang menciptanya k)

Untuk entry,anda kena pastikan semua indikator anda selari dan yakin dengan entry yang anda buat.Anda boleh tentukan berapa banyak post yang anda inginkan tapi kena la seimbang dengan money management. Ingat,jangan entry ketika news dikeluarkan(rujuk forexfactory.com).

Saya meletakkan Target Profit lebih kurang sebanyak 20pips(kalau kurang pun boleh) pada setiap post .Tak perlu target tinggi2 sebab ia agak berisiko lagipun boleh mencapai Target Proft anda dalam masa yang singkat.

Ini ss untuk percubaan teknik ni hari ini,setakat ni sangat bagus sebab keadaan market yang trending.

Semoga berjaya.

08 January 2009

Analisis Formula Pips






Salam..
Alhamdulillah,hari ini market agak bagus walapun flat/ranging pada mulanya.
Pada waktu ini,saya belum close lagi position walaupun RSI sudah pada tahap oversold.Kenapa?
Trader yang advance tahu menggunakan alat yang betul pada keadaan yang betul dan ditempat yang betul.

RSI adalah indicator Oscillators yang berfungsi baik ketika market ranging dengan bantuan Stochastic dan Bolinger Band.Oleh itu,ketika market trending,saya tak berapa melihat pada indicator ini,begitu juga Stochastic dan juga Oscillators yang lain.
Pada keadaan chart sekarang ini,saya akan tunggu Moving Average momentum akan bersilang bertentangan dengan posisi saya baru close position.Esok saya akan update resultnya.
Semua chart yang saya tunjukkan adalah berdasarkan demo trading dan akan update untuk real tapi belum lagi masanya lagi.Saya akan update juga nanti.

Ini untuk SS kelmarin(lambat masuk dan tadi pagi baru close position sebab tertidur ketika trade semalam)






Semoga berjaya..

07 January 2009


Sedikit tips : Anda kena sentiasa bersabar dalam mencari peluang entry yang terbaik. Kalau pun anda sudah tertinggal peluang entry yang sangat bagus,jangan tergopoh2 nak kejar entry. Peluang trade yang seterusnya sentiasa ada dan jangan terburu2..


Ini untuk analisis formula pips kelmarin,saya menggabungkan dengan confirmation dari winpips analisis oleh sifu don.Ketika saya edit chart formula pips hari ini,saya sebenarnya tengah menunggu peluang untuk entry,cuma tunggu candlestick close dan lihat pada keadaannya selepas itu.Saya memilih Time Frame 30minit sebab saya tak perlu selalu perhatikan chart,jadi tak la stress sangat(kerja sehari suntuk berhadapan dengan komputer selalu,fuh tu yang penyebab stress tu,hehe).

Oh ya,untuk makluman anda,Sistem terbaru keluaran Fx Hunters iaitu Winpips Analisis merupakan sistem yang sangat bagus dengan gabungan lagging dan leading indicator.

Siapa yang belum mendapatkannya,sila dapatkan Winpips Analisis dengan segera.

Perhatikan




Tahun 2009

Selamat tahun baru untuk trader2..
Tahun 2008 dah berlalu..Bila bertanya mengenai keputusan trade,ada mungkin yang mengaut keuntungan yang besar,ada yang sekadar cukup makan dan ada pula yang kena panggil cik marginah..hehe..
Saya sendiri pun ada kena MC thn 2008 ni..Tapi tak putus asa sebab dimana ada kemahuan,disitu ada jalan..

Tahun 2009 ni tentu banyak trader yang berkira-kira target keuntungan,ada juga mungkin yang dah bersara dari trading dan ada yang give up..

Walau apapun alasan anda,saya pasti anda ada pandangan tersendiri..

Bagi saya,saya akan terus belajar2 dan memperbaiki kelemahan sistem,pengurusan kewangan dan lebih mendalami pengurusan mental ketika trade.Semakin banyak yang anda belajar,semakin banyak yang anda tak tahu..

Saya berharap saya dan anda semua akan terus sukses