03 December 2008

Speed dan Momentum



Sekarang ni saya sedang mengkaji salah satu sistem saya yang baru ni..
Teknik saya cuba pada penggunaan scalper menggunakan demo account dan hasilnya adalah 100% profit.. Disini,seperti sedia maklum,saya akan memberikan segala informasi,teknik dan tips secara percuma sebab ingin membantu para trader dan berkongsi kekuatan dan kelemahan teknik ni..

Teknik ni agak simple dan hanya menggunakan indicator MT4..Paling penting disiplin,serta teknik scalper ni memerlukan daya perhatian dan penelitian yang tinggi..Jangan entry jika dalam keadaan 50-50..

Indicator :
1. Speed -EMA21(warna putih)
-EMA55(warna kuning)
2. Momentum - EMA5(warna biru muda)
- SMA8(warna merah)
3. Stochastic - 9,3,3(close/close)-ma method-simple
4.Indicator lain anda boleh tambah ikut kesesuaian anda.
Time Frame : 5Minit
Target Profit : 5-10pips
Stop Loss : Saya tidak meletakkan stop loss,sekiranya momentum bersilang bertentangan
dengan posisi entry saya,saya akan close position

Buy =
1. Tengok pada speed terlebih dahulu,21EMA bersilang keatas 55EMA.
2. 5EMA bersilang ke atas 8SMA.
3. Stochastic bersilang ke atas dan belum sampai pada overbought iaitu level 80.
4. Dan indicator lain kena selari(saya menggabungkan parabolic sar dengan
bolinger band)

Sell = Sebaliknya..

Semakin jauh beza jarak kedua-dua jarak moving average speed,semakin kuat trend..
Semakin jauh beza jarak kedua-dua moving average momentum,semakin kuat signal untuk entry..

P/S-Saya memperoleh 100%profit sebab saya tak entry melawan trend,maksudnya jangan entry jika keadaan speed dan momentum tak selari(agak berisiko).
Lagi senang,tengok chart yang saya attach ni dan cuba fahami..

Semoga berjaya..

02 December 2008

Teknik Simple

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dah lama saya tak post thread,saya pun baru sahaja habis exam,so sekarang boleh fokus pada trade..

Hmm apa khabar trade anda,mesti ada yang bertambah baik,ada yang bertambah teruk dan ada yang masih statik..Sebenarnya,jika anda nak menguasai sesuatu teknik,anda kena mahirkan diri pada teknik tersebut..Bagi yang dah agak lama dalam forex ni,tak kira la apa jenis sistem atau teknik yang anda gunakan,sekiranya anda baru sahaja menemui teknik/sistem baru,cuba dahulu gunakan teknik itu selama seminggu pada demo..Lihat hasilnya pada hujung minggu,jangan lupa menggunakan Money Management(MM)..Sekiranya capital anda berkembang,bermakna sistem tu sesuai untuk anda.Sekiranya tidak,lupakan sahaja pada sistem tu dan cari sistem lain..Kini,terdapat banyak sistem yang boleh anda gunakan,masing2 berbeza pada cara setiap individu..

Bagi saya,teknik atau sistem yang paling baik sekali adalah yang simple dan mudah tapi menguntungkan.Cuba lah cari satu sistem yang mudah tapi mampu menghasilkan keuntungan konsisten.Kita bukanlah trade forex hanya untuk masa yang singkat,tapi untuk masa yang panjang dan mencapai tahap hidup yang selesa.Apa yang paling penting adalah selama mana anda mampu trade bukan sebanyak mana keuntungan yang anda dapat.

Semoga berjaya..

09 November 2008

Scalper


Salam..
Saya nak berkongsi penggunaan teknik untuk mendapat TP(Target Point) dalam masa yang singkat..Saya suka menggunakan teknik scalper saya dan biasanya mendapat TP dalam masa yang singkat(tapi pada market yang aktif)..

Saya gabungkan Teknik Fibonacci Retracement dengan Winpips V1..Hmm,setakat ni hasil dia agak bagus dan SS saya di bawah(post yang lepas yang hanya ada 1 Loss) adalah hasil teknik sama yang saya gunakan.Fibo digunakan pada TF5M.
Untuk entry,TUNGGU dan pastikan body candlestick(bukan shadow) close pada line Fibo.Tengok pada indicator/sistem anda untuk pastikan keadaannya seari..Then,entry..

Teknik entry ni adalah bagus bagi saya(tak tahu pula bagi anda),sebab saya mudah memperoleh 10 pips sekali entry.Untuk Stop Loss pula bergantung pada anda,sama ada 20pips atau pada High/Low Price pada candle sebelumnya..

Penggunaan Teknik ini amat berkesan dengan bantuan winpips.,Bagi yang belum mendapatkan winpips,dapatkannya pada harga yang cukup murah..Klik dibawah,

Semoga berjaya..

04 November 2008

Software Forex Killer

Salam.
Disini saya nak berkongsi satu software forex yang terkenal iaitu Forex Killer..
Mungkin anda tahu atau pernah dengar tapi tak tahu atau tak tahu langsung dengan Forex Killer ni..Harga dia pun boleh tahan juga,kalau tak percaya tengok ni www.forex-killer.com

Anda boleh gabungkan dengan sistem anda tak kira apa jua sistem yang anda gunakan..

Sebagai ganjaran untuk anda pengunjung blog ni,saya bagi 1 lagi hadiah istimewa-Forex Killer selepas e-book Forex versi bahasa melayu melabuhkan tarikh tutupnya..

OOOPPS,saya tak jual sofware ni k..Free jer..

Saya harap anda boleh berkongsi keputusanya selepas guna(kena kaji bila masa yang sesuai guna sofware ni dan apa timeframe yang paling berkesan)..Sama-sama la kita kaji..Kongsi kat post ni..

P/S: Sesiapa yang berminat,sila tinggalkan email anda di chatbox..


Salam Pips :-)

25 October 2008

Pengurusan Kewangan Bahagian 1

Pengurusan kewangan yang teratur dan mudah tidak akan merugikan anda..
Ambil la sedikit masa setiap hari untuk memperbaiki dan mengatur sistem kewangan anda kepada lebih baik..

Pengurusan kewangan kali ini cukup mudah :-
Hanya guna 1-2% daripada margin anda ketika trade

Ya,hanya 1-2%..Biarpun kentungan anda masih sedikit,tapi ia menjamin kestabilan kewangan anda dimasa hadapan..Contoh adalah seperti berikut,
Saiz akaun : 1000 usd(akaun standard)
Leverage : 1:500
Lot per trade : 1
Nilai 1 pip untuk 1 lot : 1 usd
Risiko per trade : 2%
Risiko : 20 pips = 20 usd

Sekiranya anda adalah seorang mid term trader,anda mungkin memilih risiko pips yang lebih besar(40 pips),jadi anda boleh trade 0.5 lot per trade.
Sekiranya akaun anda telah berkembang menjadi 1500 usd,anda boleh menambah lot tapi masih mengekalkan peraturan sama.Sebagai contoh,
Saiz akaun terkini : 1500usd
Lot per trade : 1.5
Nilai 1 pip untuk 1.5 lot : 1.5 usd
Risiko per trade : 2%
Risiko : 20 pips(kekalkan) = 30 usd(2% dari 1500 usd)

Sekiranya akaun anda berkurang,
Saiz akaun terkini : 800 usd
Lot per trade : 0.8
Nilai 1 pip untuk 0.8 lot : 0.8 usd
Risiko per trade : 2%
Risiko : 20 pips(kekalkan) = 16 usd(2% dari 800 usd)

Semoga berjaya!!

The 7


Salam..
Dah beberapa hari saya tak post,sibuk sikit buat kajian lebih terperinci mengenai teknik trading..

Sebelum ni,trade saya selalu rugi dan semakin rugi..Saya pun buatlah kajian mendalam dan menyeluruh terhadap sistem yang saya gunakan.Saya perbaiki kelemahan ini,tambah kekuatan itu..dan akhirnya,saya mendapat 1 formula ringkas terhadap sistem yang saya gunakan..Mudah dan amat berkesan..Cuba lihat trade saya..semuanya hanya dlm 1hari..

"7rules and 7pips behind the bband.."

PS-Bagi sesiapa yang belum memiliki Sistem Winpips-saya amatlah syorkan anda untuk mendapatkannya hari ini..Ianya telah membantu saya mendapat banyak pips..
Untuk mendapatkannya,klik dibawah ni,

20 October 2008

Sistem Winpis v1



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Malam ni market agak aktif..Hmm,ni trade saya,so apa rahsia saya dapat pips mcm ni?
Semuanya berdasarkan sistem winpips..Sistem ni saya sangat suka sebab ketepatan tinggi dan mampu memberikan anda banyak pips(dah nama winpips)..
Dalam trade 11 trade saya ni,6 daripadanya adalah short term(scalper) dan 5 lagi adalah mid term..(saya pun masih newbie,harap tunjuk ajar)
Paling penting adalah pelajari sistem ni dan tahu sejauh mana kekuatan dan kelemahannya..Semakin lama anda kaji,semakin banyak yang anda akan tahu..

Tapi saya tak tumpukan kajian sepenuhnya pada sistem trade saya. Saya juga lebih fokus pada pengurusan kewangan. Ini juga sangat penting untuk mengawal kewangan dari kerugian yang teruk..

P/S- Terima kasih kerana terus mengikuti blog ini. Kepada yang telah menerima e-book percuma,syabas dan pelajari e-book tersebut..Banyak manfaatnya..
Oh ya,promosi pemberian e-book percuma ini akan tamat pada hujung bulan ni atau 31.10.2008..Jadi,sesiapa yang nak dapatkannya,hantar email secepat mungkin sebelum tarikh tutup.

18 October 2008

Pelajari Tentang Diri Anda - Bahagian 1


Dalam Forex ni,banyak yang kita akan pelajari bila mengalami kerugian..

1. Benci Rugi..
Sudah pasti sesiapa pun tak nak rugi..Ada sesetengah individu tak kisah mempunyai hari atau minggu yang teruk asalkan dalam proses menjana duit yang berterusan. Tapi tidak bagi saya. Saya inginkan profit yang berterusan(tak kira $100 profit). Saya memerlukan ransangan psikologi untuk sentiasa menang dalam game ni. Jadi, untuk mencapai objektif profit yang beterusan dalam masa pendek adalah dengan fokus pada strategi yang mempunyai kadar peratus win yang bagus(saya rekomen sistem winpips-klik diatas)..Saya mendapati dengan meramal arah market menggunakan Time Frame yang pendek adalah lebih berkesan/tepat..

2. Tiada Disiplin..
Kelemahan disiplin dalam trading akan merugikan diri anda sendiri. Anda mungkin mempunyai trading skill yang tak seberapa tetapi jika anda berdisiplin ikut sistem anda,anda tentunya masih boleh menjana keuntungan..Manakala, anda mungkin mempunyai sistem yang sangat hebat(kadar ketepatan yang tinggi) tapi jika anda tidak berdisiplin(main hentam),anda akan dengan mudahnya rugi dalam masa yang singkat(sudah pasti)..

Dalam trade ni,emosi sangat memainkan peranan..Jika anda mampu mengawal emosi anda,sudah pasti anda dalam proses membina kekayaan dalam jangka masa yang panjang dan berterusan..

17 October 2008

Pengenalan Kepada Dunia Forex

Bagaimana saya tahu tentang Forex?Bila saya start trading?Kenapa saya memilih untuk menceburkan diri dalam bidang ni?Apa kelebihan Forex yang anda tak tahu?

Semuanya bermula pada 2 tahun lepas dimana saya bekerja di TM ketika itu sebagai Telemarketer dan part time agent. Kami juga dibekalkan dengan 1 komputer supaya dapat surf internet dan check email(dari situ pengetahuan saya berkembang). Saya ni seorang yg bersikap ingin tahu terutama bidang side income ni sebab saya sudah pernah buat pelbagai jenis side income termasuk la MLM..Saya juga ada kawan yang mengatakan bahawa dia berdagang dalam Forex ketika itu. Masa tu tak tahu apa-apa lagi tentang Forex ni pun-blurr..

Tapi saya mula tertarik setelah mengkaji dengan lebih mendalam melalui internet..Hinggakan saya download sebuah e-book-kuasa forex(100++ muka surat) semata-mata untuk belajar Forex..Saya memilih Forex ni sebab ianya mampu memberikan pulangan yang cukup lumayan,asalkan anda tahu caranya.(walaupun dalam masa yg singkat)..Jadi,saya teruskan mengkaji kelebihan Forex ni dan kekuasaanya..

Pada tahun lepas,saya bekerja di satu kompeni pelaburan Forex..Tugas saya adalah untuk mendapatkan klien untuk melabur dalam Forex dimana kami akan menjaga dan megembangkan kapital akaun klien itu..So,setiap lot yang diperdagangkan,kami akan diberikan komisen...Tapi saya tak lama dikompeni tu-ada sebab tersendiri. Namun saya dapat juga belajar sedikit sebanyak teknik trading daripada management kompeni tu..

Kini,saya sudah memiliki Platform(laptop) untuk memulakan langkah mengaut keuntungan dalam Forex ni.Saya bermula dengan akaun demo untuk memahirkan diri dengan teknik trading yang saya gunakan disamping memantapkan pegurusan kewangan..
Saya juga ada matlamat yang saya ingin capai dalam Forex ni..

Forex sebenarnya mampu memberikan kekayaaan dan merugikan anda sekelip mata..Oleh itu,sekiranya anda berminat untuk menginginkan pendapatan lumayan tak kira walapun part time,anda kenalah memahami Forex ni terlebih dahulu..Kaji news dan apa yang menggerakkan Forex ni.Mulakan dengan akaun demo dan kaji kekuatan dan kelemahan teknik anda..Selepas dah mahir dan yakin,barula anda memulakan akaun sebenar..


Semoga anda berjaya menjadi Super Trader suatu hari nanti.

Hukum Forex dalam Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Terdapat sesetengah individu yg berpendapat Forex trading ni haram..
Disini saya memberikan kepastian supaya keraguan anda terjawab dan lepas ni jangan pula kata Forex tu haram k..

14 October 2008

Formula 20pips by Doni Fxhunters




Salam sejahtera..

Sistem yang sungguh hebat dan luar biasa-bagaimana seorang super dan successful trader dari sabah menjadikan 110usd menjadi 15,000usd hanya dalam masa 3 bulan!!

Cukup hebat bukan,klu En.Doni boleh,tentu kita juga boleh kan..Rahsianya ialah formula 20 pips..
Mudah, hanya target 20 pips stiap hari dan menukarkan saiz lot apabila margin dan akaun anda semakin besar..
Anda boleh cuba hari ni...

Ini adalah SS saya utk trading hari ni..(kini da 0.2 lot)

12 October 2008

Kehidupan Trader Yang Berjaya


Saya agak sibuk dengan kerja dan study,so jarang dapat update blog ni..
Anyway,saya akan tetap cuba berikan dan sampaikan yang terbaik untuk anda pengunjung blog ni..
Terima kasih juga kerana mengikuti perkembangan blog ni..

Hmmm,kali ni saya akan berkongsi kehidupan seorang trader(luar negara) yang agak berjaya..Tengok kehidupan dia ni memang menyeronokkan dan kebebasan kewangan..

29 September 2008

Khas Untuk Anda..



Assalamulaikum dan salam sejahtera..

Terima kasih kerana masih mengunjungi blog ini. Nampaknya anda sudah mempunyai sedikit minat dan ingin lebih tahu mengenai Forex ni..Dalam blog saya ni,saya akan menerangkan dari awal maksud forex sehinggalah cara untuk mengaut keuntungan melalui "Lombong emas" ini.
Ya,ramai para pedagang Forex menggelarkan Forex ni sebagai "Lombong Emas" sebab kekuasaannya mampu menjana pendapatan yg cukup lumayan bagi sesiapa yang mengetahui cara untuk berjaya dalam Forex ni.

Pada waktu saya menaip post ni,saya baru sahaja close position untuk malam ni sahaja. Alhamdulillah,walaupun market tak seberapa bagus malam ni,tapi saya mampu mengaut sedikit keuntungan walaupun dalam masa kurang dari sejam. Berapa? takla banyak sgt pun,sekadar capai target harian saya 40pips tapi saya menggunakan 0.3 lot,so jumlahnya 100usd++.

Ok,saya tak nak bercakap panjang.

Hari ni saya bermurah hati untuk memberikan e-book Forex yang cukup bagus,mudah di fahami dan mengandungi nilai yang cukup tinggi. Maklumat yang diberikan dalam e-book ini lengkap dan saya rasa sekiranya anda membaca habis buku ini,anda pasti sudah bersedia untuk trading.

Bagi yang berminat, boleh la hantarkan email di areyngan@yahoo.com.my

Saya akan hantar e-book tersebut ke email anda secepat yg mungkin..Jangan risau,takda bayar punya k..

Selamat berjaya untuk para trader yg ingin menjadikan platform Forex sebagai pendapatan sampingan ataupun bagi yang ingin memberikan komitmen sepenuh masa.

Salam sukses.

27 September 2008

Selamat Datang


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Tujuan saya membina blog ini adalah untuk berkongsi, belajar dan memahirkan lagi skil dan ilmu Forex.

Blog ini sesuai untuk mereka yang newbie,dah lama dlm forex tapi masih belum cukup ilmu dan otai2 forex di luar sana..

Marilah kita bersama2 berkongsi ilmu,trading skill dan merancakkan arena Forex.

Salam sukses.