25 October 2008

Pengurusan Kewangan Bahagian 1

Pengurusan kewangan yang teratur dan mudah tidak akan merugikan anda..
Ambil la sedikit masa setiap hari untuk memperbaiki dan mengatur sistem kewangan anda kepada lebih baik..

Pengurusan kewangan kali ini cukup mudah :-
Hanya guna 1-2% daripada margin anda ketika trade

Ya,hanya 1-2%..Biarpun kentungan anda masih sedikit,tapi ia menjamin kestabilan kewangan anda dimasa hadapan..Contoh adalah seperti berikut,
Saiz akaun : 1000 usd(akaun standard)
Leverage : 1:500
Lot per trade : 1
Nilai 1 pip untuk 1 lot : 1 usd
Risiko per trade : 2%
Risiko : 20 pips = 20 usd

Sekiranya anda adalah seorang mid term trader,anda mungkin memilih risiko pips yang lebih besar(40 pips),jadi anda boleh trade 0.5 lot per trade.
Sekiranya akaun anda telah berkembang menjadi 1500 usd,anda boleh menambah lot tapi masih mengekalkan peraturan sama.Sebagai contoh,
Saiz akaun terkini : 1500usd
Lot per trade : 1.5
Nilai 1 pip untuk 1.5 lot : 1.5 usd
Risiko per trade : 2%
Risiko : 20 pips(kekalkan) = 30 usd(2% dari 1500 usd)

Sekiranya akaun anda berkurang,
Saiz akaun terkini : 800 usd
Lot per trade : 0.8
Nilai 1 pip untuk 0.8 lot : 0.8 usd
Risiko per trade : 2%
Risiko : 20 pips(kekalkan) = 16 usd(2% dari 800 usd)

Semoga berjaya!!

The 7


Salam..
Dah beberapa hari saya tak post,sibuk sikit buat kajian lebih terperinci mengenai teknik trading..

Sebelum ni,trade saya selalu rugi dan semakin rugi..Saya pun buatlah kajian mendalam dan menyeluruh terhadap sistem yang saya gunakan.Saya perbaiki kelemahan ini,tambah kekuatan itu..dan akhirnya,saya mendapat 1 formula ringkas terhadap sistem yang saya gunakan..Mudah dan amat berkesan..Cuba lihat trade saya..semuanya hanya dlm 1hari..

"7rules and 7pips behind the bband.."

PS-Bagi sesiapa yang belum memiliki Sistem Winpips-saya amatlah syorkan anda untuk mendapatkannya hari ini..Ianya telah membantu saya mendapat banyak pips..
Untuk mendapatkannya,klik dibawah ni,

20 October 2008

Sistem Winpis v1



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Malam ni market agak aktif..Hmm,ni trade saya,so apa rahsia saya dapat pips mcm ni?
Semuanya berdasarkan sistem winpips..Sistem ni saya sangat suka sebab ketepatan tinggi dan mampu memberikan anda banyak pips(dah nama winpips)..
Dalam trade 11 trade saya ni,6 daripadanya adalah short term(scalper) dan 5 lagi adalah mid term..(saya pun masih newbie,harap tunjuk ajar)
Paling penting adalah pelajari sistem ni dan tahu sejauh mana kekuatan dan kelemahannya..Semakin lama anda kaji,semakin banyak yang anda akan tahu..

Tapi saya tak tumpukan kajian sepenuhnya pada sistem trade saya. Saya juga lebih fokus pada pengurusan kewangan. Ini juga sangat penting untuk mengawal kewangan dari kerugian yang teruk..

P/S- Terima kasih kerana terus mengikuti blog ini. Kepada yang telah menerima e-book percuma,syabas dan pelajari e-book tersebut..Banyak manfaatnya..
Oh ya,promosi pemberian e-book percuma ini akan tamat pada hujung bulan ni atau 31.10.2008..Jadi,sesiapa yang nak dapatkannya,hantar email secepat mungkin sebelum tarikh tutup.

18 October 2008

Pelajari Tentang Diri Anda - Bahagian 1


Dalam Forex ni,banyak yang kita akan pelajari bila mengalami kerugian..

1. Benci Rugi..
Sudah pasti sesiapa pun tak nak rugi..Ada sesetengah individu tak kisah mempunyai hari atau minggu yang teruk asalkan dalam proses menjana duit yang berterusan. Tapi tidak bagi saya. Saya inginkan profit yang berterusan(tak kira $100 profit). Saya memerlukan ransangan psikologi untuk sentiasa menang dalam game ni. Jadi, untuk mencapai objektif profit yang beterusan dalam masa pendek adalah dengan fokus pada strategi yang mempunyai kadar peratus win yang bagus(saya rekomen sistem winpips-klik diatas)..Saya mendapati dengan meramal arah market menggunakan Time Frame yang pendek adalah lebih berkesan/tepat..

2. Tiada Disiplin..
Kelemahan disiplin dalam trading akan merugikan diri anda sendiri. Anda mungkin mempunyai trading skill yang tak seberapa tetapi jika anda berdisiplin ikut sistem anda,anda tentunya masih boleh menjana keuntungan..Manakala, anda mungkin mempunyai sistem yang sangat hebat(kadar ketepatan yang tinggi) tapi jika anda tidak berdisiplin(main hentam),anda akan dengan mudahnya rugi dalam masa yang singkat(sudah pasti)..

Dalam trade ni,emosi sangat memainkan peranan..Jika anda mampu mengawal emosi anda,sudah pasti anda dalam proses membina kekayaan dalam jangka masa yang panjang dan berterusan..

17 October 2008

Pengenalan Kepada Dunia Forex

Bagaimana saya tahu tentang Forex?Bila saya start trading?Kenapa saya memilih untuk menceburkan diri dalam bidang ni?Apa kelebihan Forex yang anda tak tahu?

Semuanya bermula pada 2 tahun lepas dimana saya bekerja di TM ketika itu sebagai Telemarketer dan part time agent. Kami juga dibekalkan dengan 1 komputer supaya dapat surf internet dan check email(dari situ pengetahuan saya berkembang). Saya ni seorang yg bersikap ingin tahu terutama bidang side income ni sebab saya sudah pernah buat pelbagai jenis side income termasuk la MLM..Saya juga ada kawan yang mengatakan bahawa dia berdagang dalam Forex ketika itu. Masa tu tak tahu apa-apa lagi tentang Forex ni pun-blurr..

Tapi saya mula tertarik setelah mengkaji dengan lebih mendalam melalui internet..Hinggakan saya download sebuah e-book-kuasa forex(100++ muka surat) semata-mata untuk belajar Forex..Saya memilih Forex ni sebab ianya mampu memberikan pulangan yang cukup lumayan,asalkan anda tahu caranya.(walaupun dalam masa yg singkat)..Jadi,saya teruskan mengkaji kelebihan Forex ni dan kekuasaanya..

Pada tahun lepas,saya bekerja di satu kompeni pelaburan Forex..Tugas saya adalah untuk mendapatkan klien untuk melabur dalam Forex dimana kami akan menjaga dan megembangkan kapital akaun klien itu..So,setiap lot yang diperdagangkan,kami akan diberikan komisen...Tapi saya tak lama dikompeni tu-ada sebab tersendiri. Namun saya dapat juga belajar sedikit sebanyak teknik trading daripada management kompeni tu..

Kini,saya sudah memiliki Platform(laptop) untuk memulakan langkah mengaut keuntungan dalam Forex ni.Saya bermula dengan akaun demo untuk memahirkan diri dengan teknik trading yang saya gunakan disamping memantapkan pegurusan kewangan..
Saya juga ada matlamat yang saya ingin capai dalam Forex ni..

Forex sebenarnya mampu memberikan kekayaaan dan merugikan anda sekelip mata..Oleh itu,sekiranya anda berminat untuk menginginkan pendapatan lumayan tak kira walapun part time,anda kenalah memahami Forex ni terlebih dahulu..Kaji news dan apa yang menggerakkan Forex ni.Mulakan dengan akaun demo dan kaji kekuatan dan kelemahan teknik anda..Selepas dah mahir dan yakin,barula anda memulakan akaun sebenar..


Semoga anda berjaya menjadi Super Trader suatu hari nanti.

Hukum Forex dalam Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Terdapat sesetengah individu yg berpendapat Forex trading ni haram..
Disini saya memberikan kepastian supaya keraguan anda terjawab dan lepas ni jangan pula kata Forex tu haram k..

14 October 2008

Formula 20pips by Doni Fxhunters




Salam sejahtera..

Sistem yang sungguh hebat dan luar biasa-bagaimana seorang super dan successful trader dari sabah menjadikan 110usd menjadi 15,000usd hanya dalam masa 3 bulan!!

Cukup hebat bukan,klu En.Doni boleh,tentu kita juga boleh kan..Rahsianya ialah formula 20 pips..
Mudah, hanya target 20 pips stiap hari dan menukarkan saiz lot apabila margin dan akaun anda semakin besar..
Anda boleh cuba hari ni...

Ini adalah SS saya utk trading hari ni..(kini da 0.2 lot)

12 October 2008

Kehidupan Trader Yang Berjaya


Saya agak sibuk dengan kerja dan study,so jarang dapat update blog ni..
Anyway,saya akan tetap cuba berikan dan sampaikan yang terbaik untuk anda pengunjung blog ni..
Terima kasih juga kerana mengikuti perkembangan blog ni..

Hmmm,kali ni saya akan berkongsi kehidupan seorang trader(luar negara) yang agak berjaya..Tengok kehidupan dia ni memang menyeronokkan dan kebebasan kewangan..