Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dah lama saya tak post thread,saya pun baru sahaja habis exam,so sekarang boleh fokus pada trade..
Hmm apa khabar trade anda,mesti ada yang bertambah baik,ada yang bertambah teruk dan ada yang masih statik..Sebenarnya,jika anda nak menguasai sesuatu teknik,anda kena mahirkan diri pada teknik tersebut..Bagi yang dah agak lama dalam forex ni,tak kira la apa jenis sistem atau teknik yang anda gunakan,sekiranya anda baru sahaja menemui teknik/sistem baru,cuba dahulu gunakan teknik itu selama seminggu pada demo..Lihat hasilnya pada hujung minggu,jangan lupa menggunakan Money Management(MM)..Sekiranya capital anda berkembang,bermakna sistem tu sesuai untuk anda.Sekiranya tidak,lupakan sahaja pada sistem tu dan cari sistem lain..Kini,terdapat banyak sistem yang boleh anda gunakan,masing2 berbeza pada cara setiap individu..
Bagi saya,teknik atau sistem yang paling baik sekali adalah yang simple dan mudah tapi menguntungkan.Cuba lah cari satu sistem yang mudah tapi mampu menghasilkan keuntungan konsisten.Kita bukanlah trade forex hanya untuk masa yang singkat,tapi untuk masa yang panjang dan mencapai tahap hidup yang selesa.Apa yang paling penting adalah selama mana anda mampu trade bukan sebanyak mana keuntungan yang anda dapat.
Semoga berjaya..
No comments:
Post a Comment