03 December 2008

Speed dan Momentum



Sekarang ni saya sedang mengkaji salah satu sistem saya yang baru ni..
Teknik saya cuba pada penggunaan scalper menggunakan demo account dan hasilnya adalah 100% profit.. Disini,seperti sedia maklum,saya akan memberikan segala informasi,teknik dan tips secara percuma sebab ingin membantu para trader dan berkongsi kekuatan dan kelemahan teknik ni..

Teknik ni agak simple dan hanya menggunakan indicator MT4..Paling penting disiplin,serta teknik scalper ni memerlukan daya perhatian dan penelitian yang tinggi..Jangan entry jika dalam keadaan 50-50..

Indicator :
1. Speed -EMA21(warna putih)
-EMA55(warna kuning)
2. Momentum - EMA5(warna biru muda)
- SMA8(warna merah)
3. Stochastic - 9,3,3(close/close)-ma method-simple
4.Indicator lain anda boleh tambah ikut kesesuaian anda.
Time Frame : 5Minit
Target Profit : 5-10pips
Stop Loss : Saya tidak meletakkan stop loss,sekiranya momentum bersilang bertentangan
dengan posisi entry saya,saya akan close position

Buy =
1. Tengok pada speed terlebih dahulu,21EMA bersilang keatas 55EMA.
2. 5EMA bersilang ke atas 8SMA.
3. Stochastic bersilang ke atas dan belum sampai pada overbought iaitu level 80.
4. Dan indicator lain kena selari(saya menggabungkan parabolic sar dengan
bolinger band)

Sell = Sebaliknya..

Semakin jauh beza jarak kedua-dua jarak moving average speed,semakin kuat trend..
Semakin jauh beza jarak kedua-dua moving average momentum,semakin kuat signal untuk entry..

P/S-Saya memperoleh 100%profit sebab saya tak entry melawan trend,maksudnya jangan entry jika keadaan speed dan momentum tak selari(agak berisiko).
Lagi senang,tengok chart yang saya attach ni dan cuba fahami..

Semoga berjaya..

No comments: