17 October 2008

Pengenalan Kepada Dunia Forex

Bagaimana saya tahu tentang Forex?Bila saya start trading?Kenapa saya memilih untuk menceburkan diri dalam bidang ni?Apa kelebihan Forex yang anda tak tahu?

Semuanya bermula pada 2 tahun lepas dimana saya bekerja di TM ketika itu sebagai Telemarketer dan part time agent. Kami juga dibekalkan dengan 1 komputer supaya dapat surf internet dan check email(dari situ pengetahuan saya berkembang). Saya ni seorang yg bersikap ingin tahu terutama bidang side income ni sebab saya sudah pernah buat pelbagai jenis side income termasuk la MLM..Saya juga ada kawan yang mengatakan bahawa dia berdagang dalam Forex ketika itu. Masa tu tak tahu apa-apa lagi tentang Forex ni pun-blurr..

Tapi saya mula tertarik setelah mengkaji dengan lebih mendalam melalui internet..Hinggakan saya download sebuah e-book-kuasa forex(100++ muka surat) semata-mata untuk belajar Forex..Saya memilih Forex ni sebab ianya mampu memberikan pulangan yang cukup lumayan,asalkan anda tahu caranya.(walaupun dalam masa yg singkat)..Jadi,saya teruskan mengkaji kelebihan Forex ni dan kekuasaanya..

Pada tahun lepas,saya bekerja di satu kompeni pelaburan Forex..Tugas saya adalah untuk mendapatkan klien untuk melabur dalam Forex dimana kami akan menjaga dan megembangkan kapital akaun klien itu..So,setiap lot yang diperdagangkan,kami akan diberikan komisen...Tapi saya tak lama dikompeni tu-ada sebab tersendiri. Namun saya dapat juga belajar sedikit sebanyak teknik trading daripada management kompeni tu..

Kini,saya sudah memiliki Platform(laptop) untuk memulakan langkah mengaut keuntungan dalam Forex ni.Saya bermula dengan akaun demo untuk memahirkan diri dengan teknik trading yang saya gunakan disamping memantapkan pegurusan kewangan..
Saya juga ada matlamat yang saya ingin capai dalam Forex ni..

Forex sebenarnya mampu memberikan kekayaaan dan merugikan anda sekelip mata..Oleh itu,sekiranya anda berminat untuk menginginkan pendapatan lumayan tak kira walapun part time,anda kenalah memahami Forex ni terlebih dahulu..Kaji news dan apa yang menggerakkan Forex ni.Mulakan dengan akaun demo dan kaji kekuatan dan kelemahan teknik anda..Selepas dah mahir dan yakin,barula anda memulakan akaun sebenar..


Semoga anda berjaya menjadi Super Trader suatu hari nanti.

No comments: